Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyiarkan filem dokumentari 'Perak Man', mengenai penemuan prasejarah paling penting di Malaysia, yang memenangi anugerah dalam dua kategori pada Festival Arkeologi Video dan Filem Antarabangsa.
Bekas menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata selain disiarkan di televisyen dan pawagam, salinan filem bertajuk 'Unburying The Past' dalam bentuk cakera video digial (DVD) akan diedarkan kepada universiti dan sekolah.
Filem dokumentari selama 46 minit arahan Harun Rahman itu diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Filem tersebut memenangi kategori 'Jalan Cerita Terbaik' dan 'Pendidikan Terbaik' selepas muncul antara tiga filem teratas untuk anugerah 'Filem Terbaik' di kalangan 80 filem dari 20 buah negara.
Festival tersebut diadakan di Soreng Theater di Hult Centre For the Performing Arts di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat, mulai Selasa hingga semalam.
"Filem kita adalah satu-satunya dicalonkan dari Asia. Kami bangga dengan pencapaian ini," kata Rais dalam kenyataan di sini hari ini.
Perak Man, satu-satunya rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap di dunia, ditemui di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak pada 1990 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti.
KUALA LUMPUR, 12 Mei 2013
TV Dasury
"Saya sering merasakan bahawa setiap kumpulan mahupun individu serta semua institusi yang berpengaruh dalam masyarakat, cubalah menguji diri sendiri terlebih dahulu dengan 'Ujian 1Malaysia' sekiranya mereka berhadapan dengan sebarang isu perkauman di mana-mana sahaja mereka berada."
... YAB Datuk Seri Najib Tun Razak
(17hb September 2010; Seminar "Living in a Multi-Ethnic Society" anjuran Yayasan 1Malaysia , Kuala Lumpur)
Pengecualian Tanggungjawab
Pemilik dan pentadbir laman maya ini tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
kehilangan dan kerugian
yang disebabkan oleh pelayaran laman maya ini serta penggunaan maklumat yang
diperolehi dari laman ini.